Ada hadis yang menunjukkan kita (rakyat) kena taat kepada pemimpin walaupun dia (pemimpin) zalim, selagi dia (pemimpin) tidak menyuruh kepada kemaksiatan
KUALA LUMPUR: Islam mengajar umatnya supaya taat dan patuh kepada
pemimpin walaupun pemimpin itu merupakan seorang yang zalim, kata Mufti
Pahang.
Dr Abdul Rahman Osman berkata, terdapat hadis yang menunjukkan
rakyat perlu taat selagi pemimpin tersebut tidak menyuruh dan mengajak
untuk melakukan kemaksiatan.
"Ada hadis yang menunjukkan kita (rakyat) kena taat kepada pemimpin
walaupun dia (pemimpin) zalim, selagi dia (pemimpin) tidak menyuruh
kepada kemaksiatan.
"Namun, sekiranya kita sedar pemimpin itu melakukan kesalahan, kita
perlu tegur secara senyap dan hormat, bukannya menegur di hadapan orang
ramai. Inilah yang diajar di dalam Islam" katanya ketika dihubungi
Berita Daily.
Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan
oleh pemimpin dalam menepis dakwaan dan tomahan yang dilemparkan kepada
mereka.
Manakala, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Mohd Noor berkata,
terdapat pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan antara pemimpin
sesama pemimpin dalam menegakkan kebenaran, padahal perkara seperti ini
sangat menjejaskan imej Islam.
Menurutnya, di dalam Islam, sebaik-baik teguran sekiranya seseorang
itu melakukan kesalahan adalah tanpa didedahkan kepada orang ramai.
"Sebaiknya yang dianjurkan di dalam Islam ialah yang pertamanya
sekiranya kita melihat kepada sesuatu kesalahan, kita kena nasihat dia
supaya memperbetulkan dengan cara tidak mendedahkan kesalahan itu kepada
orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan