Ahli keluarga dan saudara-mara mangsa menyifatkan wanita itu adalah seorang yang peramah dan tidak berdendam dengan orang lain.
PETALING JAYA: “Kenapa penembak perlu tembak sembarangan? Anak saya tidak pernah menyinggung perasaan orang lain.”
Demikian soal ibu bapa ejen hartanah yang ditembak mati dua lelaki bermotosikal di Taman OUG, Jalan Klang Lama, petang tadi.
Oriental Daily melaporkan suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Difahamkan, anak perempuan mangsa berusia 8 tahun yang dalam keadaan kritikal masih menjalani pembedahan dipercayai di bahagian perut akibat terkena serpihan peluru.
Menurut laporan China Press, mangsa adalah Datin Wong Siew Ling (terjemahan).
Suami mangsa mempunyai gelaran ‘Datuk’ dan ketika kejadian, mangsa sekeluarga merancang bercuti di Pulau Pinang.
Suami mangsa memaklumkan, beliau bekerja di China sejak tiga tahun lalu dan kadangkala akan pulang ke tanah air untuk bersama keluarganya.

“Setahu saya mangsa tidak pernah diugut atau bergaduh dengan orang lain,” kata kakak sepupu mangsa.
Jelasnya, mangsa jarang menggunakan kenderaan Toyato Vellfire itu kecuali untuk tujuan bercuti.
Mangsa berusia 32 tahun itu ditembak mati kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika bersama lima anaknya yang berusia 2 hingga 13 tahun dan seorang pembantu rumah melalui Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, Jalan Klang Lama.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan lima das tembakan dari jarak dekat di cermin tingkap sebelah pemandu dan hasil pemeriksaan polis menemui satu kesan tembakan di leher mangsa.sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan