Rafizi
Ramli mendesak Datuk Seri Najib Razak mengesahkan samada geran bernilai
RM976.7 juta akan dikembalikan semula kepada rakyat selaku pembayar
cukai.
Ini
kerana katanya, geran itu diberi pentadbiran Najib kepada Maju Holdings
Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Kuala
Lumpur-Putrajaya.
Maju
Holdings yang juga syarikat kroni Umno bagaimanapun menjual projek itu
kepada EP Manufacturing Berhad baru-baru ini dengan urusniaga itu
dilapor bernilai RM1.7 bilion.
“Saya
menganggar suntikan dana yang dibuat Maju Holdings Sdn Bhd (dalam
projek itu) hanya sekitar RM60juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan)
kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.
“Oleh
itu, penjualan RM1.7 bilion ini bakal memberi durian runtuh kepada Maju
Holdings Sdn Bhd jika geran kerajaan RM976.6 juta tidak dikembalikan,”
katanya.
Jika itu berlaku katanya, Maju Holdings bakal membuat untung atas angin sekitar RM1.33 bilion dengan urusniaga itu penuh rahsia.
“Jika
keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan Maju Holdings Sdn Bhd, apakah
perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn
Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO?
“Adakah
wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat
itu akan disalur kembali kepada Umno sebagai dana pilihanraya,” soal
Rafizi.
Dana
rakyat RM976.6 juta itu juga katanya, empat kali ganda lebih tinggi
dari dana yang NFC yang disalahguna untuk kepentingan peribadi keluarga
Ketua Wanita Umno seperti didedahkanya sehingga kini.
“Sudah
tentu dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari
Najib kerana urusniaga ini tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau
selaku Menteri Kewangan,” katanya lagi.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan