Home » » Messi, bapa dihukum penjara 21 bulan

Messi, bapa dihukum penjara 21 bulan

Written By canang on Khamis, 7 Julai 2016 | 7/07/2016 09:14:00 PTG

Lionel Messi dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan selepas mahkamah di Barcelona hari ini mendapati dia bersalah atas tiga tuduhan penipuan cukai.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 21 bulan ke atas bapa pemain bola sepak Argentina itu, Jorge, bagi tiga jenayah yang sama.
Pemain berusia 29 tahun itu bersama bapanya, didapati bersalah atas tiga tuduhan penipuan fiskal berkaitan hak imej yang terakru di antara 2007 dan 2009, dan diberi hukuman penjara 21 bulan oleh mahkamah berserta denda berjumlah EUR2 juta.
Namun, Messi mahupun bapanya tidak dijangka menjalani hukuman penjara itu kerana hukuman berkenaan kurang daripada dua tahun bagi kesalahan bukan perlakuan ganas di samping kedua-duanya tiada rekod jenayah.
Kedua-duanya – yang menafikan sebarang salah laku – boleh merayu hukuman berkenaan di sebalik sudah membuat “bayaran pembetulan” EUR5 juta kepada pihak berkuasa pada Ogos 2013 untuk membatalkan cukai tidak berbayar seperti didakwa, dicampur faedah.
Mahkamah, bagaimanapun, mengarahkan Messi membayar denda sekitar EUR2 juta (RM8.9 juta) dan bapanya membayar EUR1.5 juta (RM6.7 juta) untuk kesalahan yang telah mereka lakukan.
Sementara itu, Barcelona mengeluarkan kenyataan bahawa kelab itu akan menyokong sebarang keputusan yang mahu diambil Messi dan keluarganya.
“FC Barcelona memberi sepenuh sokongan kepada Leo Messi dan bapanya berkaitan hukuman kerana penipuan cukai berkenaan.
“Kelab ini, yang bersetuju dengan perkhidmatan pendakwaan kerajaan, menganggap pemain itu, yang telah membuat pembetulan terhadap posisinya dengan Pejabat Percukaian Sepanyol, tidak bertanggungjawab berkaitan fakta-fakta seperti ditekankan dalam kes ini.”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger