Apa yang pasti, Kuala Lumpur makin hampir menjadi kota pelacuran nombor satu dunia tidak lama lagi.
Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.
Fakta menceritakannya.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking
kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap
10,000 penduduk.
Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di
ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga
ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.
“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya
Kuala Lumpur tidak menjadi bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden
Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Mapim
melahirkan kekesalan dengan menyifatkan, cukup dengan ribuan bilangan
pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama
dalam negara.
Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam
melahirkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka
ruang menambah lesen rumah urut sedia ada.
Bukan rahsia, lesen rumah urut disalah
guna dengan berfunsgi sebagai tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi
rahsia terbuka mengenai operasi kumpulan jenayah terancang di sebalik
kegiatan rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.
Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu
angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan
Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.
“Kami membantah keras Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut
sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.
Soalnya, apakah keperluan rumah urut
dibiarkan bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan
penguatkuasaan. Selain pusat urut haram, rumah urut berlesen sedia ada
turut cenderung menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak
harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan
penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal
dilaksanakan dengan berkesan.
Mapim juga melahirkan rasa khuatir
dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama
di negara ini kerana ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat
dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.
Selain mendesak DBKL tidak menambah
lesen rumah urut serta melahirkan kekesalan berikutan kegagalan
menangani pusat pelacuran haram, Mapim menyindir agar lesen rumah urut
yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka
permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia
olehpihak berkuasa. – Mynewshub
3 ulasan:
Bagi pemimpin malaysia hari ini, islam hanya make up saja
Ku nan apa cerita,.??? Kerja menda Yg di buat selama ni pak menteri Wilayah Persekutuan ,.?? Disebabkan Menteri Umno tak kan Semua Ini menjadi halal kot,..mana mufti Wilayah Persekutuan,.?? mana Mufti Pahang,.?? Dan mana mufti Perak,.?? Tak kan senyap je,.?? selalu bila terkait dengan Islam Bukan main lagi,.berbagai kenyataan dikeluarkan bak sang juara,.bangun tok2 Mufti sekelian Tolong bagi nasehat kat PM dan Menteri Wilayah Persekutuan tu,.
Nanti mufti perak kata tunjuk bukti dulu yg kata ada pelacuran di Msia ni.. kalau tak ada bukti itu fitnah namanya.. mcm kes 1MDB jugalah.
Catat Ulasan