SHAH ALAM – Ancaman dibuang kerja dan kenaikan pangkat disekat terhadap kakitangan dan pegawai Kementerian Pendidikan sekiranya tidak membuat pemotongan gaji bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tindakan tidak perikemanusiaan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata keputusan itu membuktikan sikap hipokrit Kerajaan Persekutuan apabila bersungguh-sungguh menuntut hutang PTPTN yang melibatkan 51,884 guru tetapi mengambil ringan dalam isu hutang yang melibatkan 1MDB.
Nurul Izzah“Lebih hipokrit lagi memandangkan cara kerajaan menangani kemelut pinjaman hutang 1MDB yang berkali-kali menunda bayaran hutangnya dan menggunapakai lingkaran pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melunaskan penjualan hartanah dan perluasan perniagaannya.
“Rakyat wajib melawan dasar pincang sebegini. Saya seru para guru bersuaralah, jangan biarkan hipokrasi dan penindasan ini berterusan.
“Kerajaan BN di bawah Najib boros berbelanja, bebas berhutang dan dengan tanpa rasa bertanggungjawab memindah beban hutang kepada rakyat, kini guru. Inilah masa untuk bersuara dan melawan ketidakadilan ini,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.sumber

1 ulasan:
Syabas YB Nurul Izzah,.semuga tercetus suara keramat ini akan diambil Peduli daripada semua guru2 demi menegakan keadilan dan kesamarataan untuk semua dan keluar dari belengu penyeseksaan dari rejim yg amat zalim,...
Catat Ulasan