PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio,
Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh
pihak kerajaaan sekiranya pulang ke tanah air.
Memetik laporan The New York Times, Lilesa memberitahu ancaman itu
berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas
selesai acara maraton.
Tanda pangkah itu merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.
Katanya, oleh kerana tanda protesnya itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.
"Kalau anda bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan
mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya saya kembali ke Ethiopia, mungkin
mereka akan membunuh, atau memenjarakan saya," katanya.
Dalam pada itu, katanya keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.
"Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negara saya ," katanya.
Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di
Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek
kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.
Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa.
Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik
2016.
Lilesa atlet berusia, 26, mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam,9 minit,54 saat.
Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan 'pose' tanda
pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas
memenangi pingat perak.
Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan
terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak
bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke
Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.
"Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil
tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat
orang Oromo melakukan protes," kata Lilesa dalam satu kenyataannya
selepas pertandingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan