Sekadar perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai
sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap
mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi
seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah
putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak
selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah
apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi
tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar.
Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan
menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal
perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda
sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah
samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda
pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh
cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau
pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita
juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan
perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh
wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau
berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan
mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga.
Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar
bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi
didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap
di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat
bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu
perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan
semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga
anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari
perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak
tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya
sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi
gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan
oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang
lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk
manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan
dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka
menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang
diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara
dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda
dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga
dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda
merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan
seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan
ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan
mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila
memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita
cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung
apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan
pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan
yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau
kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta
pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan
seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang
menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat
wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda
merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan
dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya
dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda
berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda
dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia
akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda
hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi
tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan
tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu
menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda
akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan
juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks,
seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia
boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat
anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana
cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya
kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan
dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di
mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai
manusia lelaki atau sebaliknya. Adalah sebaiknya, selain kita jaga solat
fardhu sehari semalam, kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding
diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat
kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon
perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan