BUKAN mudah untuk berjihad dengan cara
yang betul. Fitnah dan tohmah menjadi makanan dan ujian buat Pendakwah
India, Dr. Zakir Naik. Beliau didakwa menanam sifat radikal dalam
kalangan belia.
Baru-baru ini beliau menghantar surat
terbuka sepanjang empat muka surat meminta kerajaan India menjelaskan
apa sebenarnya yang dilakukannya sehingga digelar ‘Doktor Keganasan’.
Surat itu menyenaraikan lima soalan
kepada kerajaan, bertujuan mencari jawapan kepada semua tuduhan yang
dilemparkan terhadapnya.
“Kenapa sekarang? Saya sudah berdakwah selama 25 tahun bukan saja di India tapi di seluruh dunia.
“Apa sebenarnya yang saya lakukan sekarang hingga digelar Pendakwah Ganas dan Doktor Keganasan?
“Saya dihormati di 150 negara di dunia, sebaliknya dipanggil ‘penyuntik pengaruh keganasan’ di negara sendiri.
“Walau siasatan menyeluruh dijalankan agensi kerajaan, tiada satu keterangan pun menunjukkan wujudnya salah laku.
“Kini, penyiasat diminta pula mengulangi dan meneruskan siasatan. Mengapa?” kata pendakwah itu.
Yayasan Penyelidikan Islam (IRF), sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kendaliannya juga pada mulanya dapat
memperbaharui pendaftaran namun kemudian dibatalkan.
Doktor perubatan yang beralih menjadi
pendakwah itu berkata ia bukan saja satu serangan ke atas dirinya,
tetapi juga serangan terhadap India Muslim.
“Ia adalah satu serangan terhadap keamanan, demokrasi dan keadilan,” kata Naik dalam surat berkenaan.
Pengasas Peace TV, kendalikan IRF yang
berpangkalan di Mumbai itu mula dipantau agensi-agensi keselamatan
selepas sebuah akhbar Bangladesh melaporkan bahawa salah seorang
penyerang dalam serangan keganasan 1 Julai lalu di Dhaka mendapat
‘ilham’ dari siri ceramahnya.
Begitu mudah pihak kafirun melemparkan
tohmahan untuk menghalang usaha dakwah Dr Zakir Naik. Semoga beliau
terus tabah dalam perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan