PUTRAJAYA, : Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi tidak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) Johor tumbang lebih awal sebelum tempoh pilihan raya dibuat.
Beliau berkata, keadaan itu sekali gus mengheret kepada pembubaran Dewan Negeri Johor apabila kerusi dewan tidak lagi dikuasai sepenuhnya Parti Ketuanan Melayu itu.
Katanya, situasi tersebut dijangka berlaku susulan konflik kepimpinan Umno dengan penyertaan lebih ramai lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk menyertai komponen pembangkang.
“Saya kira Kerajaan BN di Johor akan dibubar lebih awal daripada yang kita jangkakan, setidaknya untuk tempoh sebelum pilihan raya dijalankan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Situasi politik di Johor kini semakin berubah apabila pembangkang mula mendominasi kerusi panas yang pernah dikuasai Umno, sejak 50 tahun lalu.
Malah, kemelut politik di negeri itu berada di kemuncaknya apabila bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat susulan krisis kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.
2 ulasan:
Go to hell with UMNO
Go to hell with UMNO THE BANGSAT
Catat Ulasan