Home » » Tanda PRU14 Hampir Tiba,BN agih hampir 4,000 minyak masak percuma

Tanda PRU14 Hampir Tiba,BN agih hampir 4,000 minyak masak percuma

Written By canang on Isnin, 3 April 2017 | 4/03/2017 04:20:00 PTG


GEORGETOWN - Pemuda BN di 13 kawasan parlimen di negeri ini hari ini mengedarkan hampir 4,000 botol minyak masak satu liter secara percuma kepada penduduk kawasan masing-masing.
Sumbangan berikutan seruan 'Jom Bantu Rakyat' oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini diagihkan kepada penduduk tanpa ada diskriminasi politik.
Bercakap kepada pemberita selepas mengedarkan minyak masak di Pasar Awam Jelutong di sini, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata program itu bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup penduduk terutama dari segi keperluan harian.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti mempunyai pandangan yang jauh dari masa ke masa dan bukan hanya pandai bermain politik dalam isu rakyat dan negara demi kepentingan masing-masing sahaja," katanya.
Beliau turut menyeru pihak swasta agar lebih aktif dalam melakukan program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu mereka yang memerlukan. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger