Home » » Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah – Zainah Anwar

Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah – Zainah Anwar

Written By canang on Khamis, 8 Jun 2017 | 6/08/2017 05:35:00 PTG


KUALA LUMPUR: Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.

 Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu sesi soal jawab dalam satu forum umum “Perkembangan Islam di Malaysia: Dari Era Sanggul ke Era Hijab” yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. Sewaktu sesi soal jawab tersebut, salah seorang daripada hadirin telah meminta Zainah Anwar untuk memberi pencerahan mengenai keizinan wali dalam perkahwinan yang dibincangkan dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung di kota Cirebron, Indonesia.

 Kongres yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu telah menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia. Menurut Zainah, di negara seperti Maghribi yang menyamaratakan hak-hak lelaki dan wanita, seseorang itu boleh berkahwin tanpa wali. “So, kalau ada kerajaan macam di Maghribi yang percaya bahawa lelaki dan wanita perlu dilayan sama rata, anda boleh mencari pendapat dan hujah berkenaan isu ini dalam Islam demi menyokong pendapat untuk hak sama rata dan berkeadilan,” tegas Zainah.

Kenyataan beliau ini sama seperti cadangan yang pernah dikemukakan beliau dalam Laporan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada bulan Mac 2011. Di bawah isu ‘Kebebasan Untuk Memilih Jika, Bila Dan Siapa Untuk Dikahwini’, Zainah mendakwa bahawa tiada autoriti dalam Al-Qur’an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir). Zainah telah memetik kata-kata Mohammad Hashim Kamali dalam bukunya bertajuk Islamic Law in Malaysia bahawa, dalam erti kata lainnya, ia adalah adat pra-Islam yang diambil dan dimasukkan ke dalam fiqh oleh ulama’
. Laporan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) 2013 juga menyentuh mengenai cadangan CEDAW berkenaan syarat adanya kebenaran wali (penjaga) bagi bakal pengantin perempuan walaupun pengantin tersebut sudah pun mencapai usia dewasa. Menurut laporan tersebut lagi, pernikahan wanita dengan keizinan wali merupakan salah satu isu yang melambatkan perkembangan dalam mencapai kesaksamaan jantina di negara ini. Kedua-dua laporan CEDAW dan COMANGO ini, telah dibawa ke peringkat antarabangsa bagi tujuan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menerima dan mengiktiraf perkara-perkara yang dibangkitkan.

SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kongres yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu telah menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia - mak aihhh wakil ulama perempuan malaysia

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger