Home » » Firma Jerman henti jual senjata api pada rejim 'korup'

Firma Jerman henti jual senjata api pada rejim 'korup'

Written By canang on Isnin, 11 September 2017 | 9/11/2017 08:46:00 PTG

Firma pengeluar senjata api terkemuka Jerman, Heckler & Koch (H & K) berkata ia tidak lagi akan menjual produknya ke negara-negara yang dianggap korup atau tidak demokratik.
Selain itu, katanya, ia akan menghadkan jualan kepada negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara yang setaranya seperti Switzerland, Australia, New Zealand dan Jepun.
"Heckler & Koch tidak berniat untuk menjana perniagaan baru dengan negara-negara di luar Nato; hanya apa yang dinamakan sebagai 'negara hijau' akan dibekalkan, iaitu mereka yang demokratik, tidak korup dan sama ada negara Nato atau setara mereka," kata firma itu dalam laporan rasmi tahunan 2016 yang diterbitkan awal tahun ini.
Malaysia akan menjadi antara negara yang dikecualikan oleh kriteria tersebut
H & K mengeluarkan pelbagai jenis senjata kecil, seperti senapang submachine MP5 yang banyak digunakan sebagai senjata api utama unit penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, termasuk penggunaan oleh anggota kereta peronda polis Malaysia, ketika di sekatan jalan dan di sentri.Malaysiakini

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger