Home » » Hanya Anak Penerima BR1M Akan Terima Pinjaman Penuh PTPTN

Hanya Anak Penerima BR1M Akan Terima Pinjaman Penuh PTPTN

Written By canang on Sabtu, 30 September 2017 | 9/30/2017 11:20:00 PTG

PETALING JAYA: Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana badan itu telah mula menguatkuasakan syarat berkenaan. 
Langkah tersebut telah berkuat kuasa Sabtu lalu, ia menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sejak Sabtu, hanya BR1M digunakan sebagai sistem tapisan yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar itu akan menerima jumlah pinjaman maksimum daripada badan berkenaan.

"Sekiranya jumlah pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM8,000 maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.

"Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dalam satu temu bual pada Selasa.
Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.

Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800.

Dalam pekeliling bertarikh 29 Oktober yang diedarkan kepada universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata pengurangan nilai pinjaman tersebut tidak akan memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana yuran mereka agak tinggi.

Shamsul berkata dengan kekangan yang dihadapi, PTPTN tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk mengurangkan jumlah pelajar yang menerima pinjaman sebanyak 50,000 atau mengurangkan jumlah pinjaman sedia ada.

"PTPTN memilih pilihan kedua agar bilangan pelajar yang menerima pinjaman akan kekal sama," katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger