Home » » Politik saya bersama Pakatan Harapan, ramai lagi akan turut serta - Mahfuz

Politik saya bersama Pakatan Harapan, ramai lagi akan turut serta - Mahfuz

Written By canang on Isnin, 27 November 2017 | 11/27/2017 08:17:00 PTG

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akui perjuangan politik beliau kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Mahfuz enggan menyatakan bilakah secara rasmi beliau akan menyertai salah satu komponen dalam PH.

"Saya sudah mengatakan daripada awal, hatta saya dicalonkan dari awal oleh Pas sendiri pun saya tidak bersedia untuk menjadi calon mewakili Pas pada pilihan raya akan datang.
"Yang penting kepada saya adalah untuk saya melihat peralihan kuasa berlaku daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH.

"Saya sudahpun bersama Pakatan Harapan. Saya antara orang yang hadir dalam pembentukan PH. Masa akan menentukan (penyertaan rasmi dalam PH)," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen hari ini.

Malah, beliau percaya akan lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin Pas pelbagai peringkat akan menyertai PH.

Keyakinan Mahfuz itu hadir susulan keputusan yang dibuat ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata Pas Pusat tidak terkejut dengan keputusan Amiruddin.

"Kita tidak pernah dimaklumkan. Selama ini pun dia dah meletakkan (jawatan) sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. Program-program Pas pun sudah lama dia tidak mahu hadir.

"Pejabat Pas pun dia jejak hari itu saja. Muktamar di Kedah pun dia tak hadir. Dia lebih mesra kepada Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan dan itu bukan berita yang mengejutkan kepada Pas," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen hari ini.

Malah, beliau yang juga Ketua Koordinator Pas Zon Utara berkata, Pas Pusat masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Amiruddin
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Klu Deris Ahmad yg ckp, aku xnk caya. Org yg dihrp utk tolak undi KPDNKK rupanya kuat kencing..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger