Khamis, 1 Februari 2018

Wanita Didenda RM300 kerana lawan perogol

SONDERBORG – DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.
Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.
Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.
Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.
Selain itu di negara New Delhi
Dua lelaki dihukum pukul dengan kasut lima kali dan didenda 50,000 rupee (RM2,900) setiap seorang oleh jawatankuasa kampung selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dalam hukuman yang menimbulkan kemarahan keluarga mangsa.
Keluarga mangsa menuduh jawatankuasa kampung itu cuba menutup kejadian dan membuat laporan polis berhubung keputusan berkenaan.
Menurut polis, mangsa diserang pada 12 Mei lalu di perkampungan Zakopur ketika remaja itu pergi ke rumah jirannya bagi mengambil air untuk keluarganya.
Dua lelaki itu merogolnya sebelum mengugut membunuh mangsa jika mengadu kejadian itu kepada sesiapa.
Mangsa bagaimanapun memberitahu keluarganya yang terus bersemuka dengan keluarga dua suspek terbabit.
Kes itu kemudian dibawa kepada jawatankuasa kampung dikenali sebagai panchayat untuk mendapat pengadilan sewajarnya.
Malangnya hukuman dicadangkan dianggap langsung tidak berpatutan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis.
Kes berkenaan kini dalam siasatan.
Sumber  : Cerita Press

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.