Rabu, 7 Februari 2018

NAJIB LANTIK JAMAL KETUAI KRIM2.0, JANJI IKAN PERCUMA

NAJIB LANTIK JAMAL KETUAI KRIM2.0, JANJI IKAN PERCUMA
Putrajaya – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Ketua Umno Sungai Besar, Dato’ Jamal Yunus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRIM2.0 menggantikan pengurusan dari Mydin berkuatkuasa serta merta.
Berita itu diumumkan pagi tadi semasa perhimpunan kakitangan Kementerian Kewangan di sini.
Mengulas lanjut, Dato’ Seri Najib memuji kebolehan Dato’ Jamal dalam membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang. Perdana Menteri memberi contoh program ikan percuma sebagai idea bernas yang boleh dikembangkan oleh Dato’ Jamal melalui KR1M2.0.
Ketika ditemui, Dato’ Jamal mengakui beliau akan menjadikan program ikan percuma sebagai program utama yang dilaksanakan melalui KR1M. Beliau juga berjanji untuk memberi baju merah percuma kepada anak-anak muda yang berumur di bawah 25 tahun tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membeli belah di Kedai Rakyat 1Malaysia.
Mengenai kontroversi hutang dengan nelayan-nelayan yang masih tertunggak, Dato’ Jamal mengakui ada mendengar perkara itu. Katanya lagi, perkara itu sedang diuruskan dengan baik dan persatuan-persatuan nelayan telah bersetuju membekalkan 500 tan ikan setahun kepada KR1M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.