Selasa, 27 Februari 2018

Bas Percuma untuk rakyat P. Pinang bermula 1 April.


Bas Percuma untuk rakyat P. Pinang bermula 1 April.

Sebanyak 46 bas akan disediakan melibatkan 20 bas di kawasan pulau dan 26 lagi di kawasan Seberang Perai dengan jarak menunggu masing-masing antara 10 hingga 25 minit.

Cadangan waktu beroperasi perkhidmatan bas ini akan bermula pada jam 6 pagi hingga 10 malam, setiap hari. Ia percuma kepada penduduk Pulau Pinang.

Perkhidmatan bas percuma ini juga akan melalui laluan utama merangkumi kawasan yang penting seperti hospital, sekolah, pusat pengajian tinggi, masjid dan pusat beli-belah.

Kos keseluruhan penyediaan perkhidmatan bas percuma berjumlah RM15 juta yang ditanggung kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.