Umno Pekan memberi amaran kepada Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di
kawasan parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Oleh itu, bekas perdana menteri itu dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok.
"Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan," kata ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya kepada Malaysiakini.
Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan "banyak perkara"

"Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini," katanya.
Rahim, yang juga ketua biro kebajikan Felda Umno Pekan, berkata penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana "berbohong kepada peneroka" ketika menjadi perdana menteri.
"Dia berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka," katanya.
Rahim juga mendakwa tidak ada kebenaran yang diperoleh oleh pihak penganjur untuk mengadakan program Mahathir di kawasan itu.
"Mereka tidak mendapat kebenaran Felda, saya sudah memeriksa dan tidak ada," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan Mahathir akan tiba di kawasan Chini pada petang 28 Feb, sebelum melawat penempatan Orang Asli.
Menurut Fauzi, bekas perdana menteri itu dijemput untuk berucap oleh peneroka Felda Chini.
Pemimpin HARAPAN lain yang dijadual menghadiri acara itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Hamzah Jaafar, Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Pahang, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.