Home » » Bayang Azeez muncul di hujung terowong?

Bayang Azeez muncul di hujung terowong?

Written By canang on Khamis, 1 Mac 2018 | 3/01/2018 11:08:00 PTG

Seakan cahaya di hujung terowong, begitulah kiranya reaksi kita apabila nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim muncul secara tiba-tiba di tengah siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang dalam fasa kajian.
Semalam, kontraktor projek terowong terbabit Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd dilaporkan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang lagi, ekoran kegagalan menjalankan khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi pembinaan terowong sepanjang 7.2km terbabit.
Azeez dan ahli perniagaan tersebut dituntut membayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.
Menurut laporan Malaysiakini, surat tuntutan tersebut telah dikeluarkan terhadap kedua-dua individu  pada 24 Februari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini masih menjalankan siasatan besar-besaran terhadap projek terowong yang menghubungkan pulau tersebut dengan Seberang Perai.
SPRM turut telah menyiasat menyoal 70 individu termasuk menahan dua pegawai eksekutif Zenith bagi membantu siasatan; selain Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng.
Namun kini apabila nama Azeez muncul dalam radar siasatan SPRM, pemimpin Barisan Nasional negeri termasuk Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow dan Adun Pulau Betong, Farid Saad, dilaporkan enggan mengulas perkara terbabit.
Dalam reaksi terhadap isu terbabit, Azeez mendakwa bahawa beliau langsung tidak pernah menerima bayaran tersebut, malah tidak pernah bertemu dengan CEO Zenith, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.
Kerajaan Negeri tidak tahu
Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan rasa terperanjat berikutan dakwaan pembayaran tersebut.
“Kami terkejut membaca tentang RM22 juta dibayar kepada dua orang- RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta kepada seseorang yang kami kenal tapi bukan kawan kami, Ahli Parlimen Baling BN Abdul Azeez Rahim.
“Kami tak tahu tentang ini. Kami meminta Zenith untuk jelaskan. Kami akan tunggu penjelasannya,” katanya dalam sidang media tengah hari tadi.
Persoalan kini timbul, adakah SPRM akan memberkas Azeez, memakaikan pakaian lokap berwarna jingga, menggari tangannya dan membawanya ke mahkamah untuk permohonan reman sebagaimana yang telah dilakukan terhadap CEO Zenith?
TKM II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata bahawa beliau terperanjat mengetahui bahawa syarikat itu telah membayar ahli politik UMNO itu.
“Kedua-dua ahli politik UMNO dan ahli perniagaan ini mesti menjelaskan kenapa mereka menerima bayaran untuk projek tersebut,” ujar beliau kepada Malaysiakini.
“Memandangkan perkara ini sudah terdedah, SPRM mesti menyoal individu yang telah menerima bayaran ini,” tegasnya. – Roketkini.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger