Home » » Kerajaan tangguh sementara kenaikan harga minyak

Kerajaan tangguh sementara kenaikan harga minyak

Written By canang on Khamis, 26 April 2018 | 4/26/2018 09:54:00 PTG

KUALA LUMPUR: Kerajaan menangguhkan sementara kenaikan harga minyak di pasaran tempatan walaupun terpaksa berdepan tekanan peningkatan ketara harga minyak global ketika ini.
Harga minyak dikekalkan kepada RM2.20 bagi RON95, RM2.47 untuk RON97, dan RM2.18 Diesel untuk tempoh enam minggu berturut-turut selepas kenaikan dua sen bagi ketiga-tiga bahan api terbabit pada 22 Mac lalu.






Sebaliknya, harga minyak dunia Brent terus menyaksikan pemulihan dengan peningkatan ketara AS$74.27 setong kini, berbanding AS$68.91 setong pada 22 Mac lalu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil kira tekanan yang akan dihadapi rakyat, terutama bebanan golongan bawahan.
"Oleh kerana kerajaan masih tidak ada lagi formula untuk menyelesaikan perkara ini (pengukuhan harga minyak dunia) maka Perdana Menteri meminta kita tangguhkan sementara peningkatan harga minyak ini.
"Jadi saya mahu beritahu kepada orang ramai keputusan ini diambil Perdana Menteri untuk manfaat rakyat," katanya ditemui selepas majlis ramah mesra dan minum petang bersama penduduk PPR Cochrane, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa membidas tindakan segelintir pihak memviralkan tanda harga minyak yang dikekalkan di pasaran tempatan dengan mengaitkannya kepada kawalan kerajaan ke atas bahan api itu.
Katanya, keputusan itu diambil untuk kebaikan rakyat justeru ia tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak berkepentingan.
"Jadi tak perlu merungut, takkan benda baik yang orang bagi kita merungut, cukup jangan politikkan benda seperti ini untuk kebaikan rakyat," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger