Isnin, 14 Mei 2018

PH akan beri peruntukan infrastruktur di kawasan pembangkang

 KUALA LUMPUR : Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidin Yassin mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bersifat pro-rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat utama yang perlu dilaksanakan oleh parti tersebut

Ia susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang tidak akan memberi peruntukan kecil kepada pembangunan kepada pada ADUN Barisan Nasional (BN) untuk melindungi PH.
“Sebagai kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat, PH harus mengambil kira kepentingan semua pihak tidak kira jika berlainan ideologi.

“Saya sudah maklumkan kepada MB, untuk perbetulkan kenyataan beliau untuk memberi sokongan dan peruntukan terutamnya dari segi infrastuktur buat pembangkang kerana PH adalah satu parti yang adil.

“Saya mahu tekankan, ini adalah kerajaan baharu dan kami mahu tolong rakyat. Jadi peruntukan akan diberikan untuk pembangunan mana-mana kawasan pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabiliti Cheras, pada Ahad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.