Taib Mahmud Mengamuk Lagi!
Penafian demi penafian dibuat tuan punya badan tetapi apakah kesannya?
Nampaknya maklum balas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud dalam sedutan video Rabu lalu rupanya dibalas dengan pendedahan video kedua yang lebih dahsyat semalam.
Kononnya dia memberi amaran bahawa tidak ada sesiapa pun yang dilantik menjadi ejennya dalam urusan penjualan tanah seperti yang didedahkan NGO berpangkalan di London, Global Witness.
Taib menambah adalah tidak masuk akal kononnya dia melantik ejen tertentu seperti peguam dan pengawai kerajaan menguruskan penjualan tanah beribu-ribu hektar hutan konon untuk dijadikan ladang kelapa sawit di negeri itu.
Sambil menyifatkan dirinya mangsa keadaan sesetengah pihak yang ingin menjatuhkannya, Taib juga menafikan ada mempunyai hubungan dengan peguam dari Sibu, Huang Lung Ong yang banyak menguruskan urusan guaman seperti yang dilihat dalam pendedahan video kedua.
Pendedahan video bertajuk 'Inside Malaysia Shadow State' yang dikeluarkan di laman Youtube Selasa lalu kini sudah mencecah lebih 580 ribu tontoan di laman perkongsian video itu.
“Ia telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri,” kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video tersebut.
“Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakam dalam video pertama GW sebagai cubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.
GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube semalam sebagai membalas kenyataan Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: “Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?”
Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau.
Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang berada semasa berbual dengan penyiasat GW di bilik hotel.
Malah satu petiysen dalam talian mendesak perdana menteri, Najib Altantuya supaya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti Taib juga telah mendapat sambutan hangat apabila lebibh 11 ribu tandatangan diterima setakat ini.
Taib yang sudah 32 tahun mengetuai kerajaan negeri dikatakan mempunyai aset di seluruh dunia berjumlah USD25 bilion (RM64.3 bilion) setakat akhir tahun lalu.
Tekanan yang dirasai Taib tidak pula memaksanya menyaman Global Witness sekiranya pendedahan mereka palsu atau direka-reka, malah dia lebih marah kerana pengundi yang mengetahui kisah dalam video tersebut sudah mula menyatakan rasa marah mereka melalui komen yang dibuat di Youtube

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.