Catatan Popular sepanjang zaman

kaki canang

Latest Post

Tazkirah Isya di Masjid Al Ikhwaniah Simpang, Taiping, Perak.Ustaz Nik Omar

Written By canang on Khamis, 31 Mei 2018 | 5/31/2018 09:50:00 PTG


Video Viral, Apo Nak Dikato- Kalau dulu dah kena tangkap..

Written By canang on Selasa, 29 Mei 2018 | 5/29/2018 11:31:00 PTG


KENYATAAN MEDIA RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI


KENYATAAN MEDIA
RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI
1. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS dalam menghadapi kemelut politik negara. Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
2. Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja. Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.
3. Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang Naib Presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini. Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang. Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini. Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.
4. Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun. PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan. Sepatutnya beliau memberi cadangan kepada kerajaan PH bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.
5. Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau masih merasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari. Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini. Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.
#MembinaNegaraMemenuhiHarapan
DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH

Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis

 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersetuju untuk bertemu dengan peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram untuk memfailkan saman di negara itu mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2001
Mengulas soalan wartawan Malaysiakini jika beliau bersedia diberi taklimat oleh peguam William Bourdon dan Apoline Cagnat berhubung kes yang sedang didengar di mahkamah di Paris, Mohamad menjawab, "(sedia) pada bila-bila masa."
"Mereka perlu menulis kepada saya secara rasmi mengenai perkara itu supaya kami boleh menentukan tarikh kunjungan mereka ke Malaysia," Mohamad memberitahu Malaysiakini, ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran menteri itu di kampung halamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.
Ditanya jika larangan perjalanan jabatan imigresen terhadap Bourdon yang dikenakan pada 2011 akan ditarik balik bagi membolehkan peguam berkenaan masuk ke Malaysia tanpa sekatan bagi menjalankan tugas mereka, Mohamad memberikan jawapan yang positif"Ya, boleh jadi, seperti orang lain yang pernah dikenakan sekatan perjalanan yang kini dibenarkan masuk ke negara ini seperti editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown," katanya.
Mohamad berkata usaha kini sedang giat dijalankan untuk membentuk pasukan atau jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai kontrak yang ditandatangani dengan Kementerian Pertahanan, termasuk perjanjian membeli kapal selam Scorpene, yang menjadi kes mahkamah di Paris.
Kes itu, yang difailkan Suaram pada tahun 2011, melibatkan dakwaan pembayaran sogokan berjumlah berjuta-juta ringgit kepada pegawai Malaysia.
"Saya telah berbincang hal itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kami sedang merancang membentuk jawatankuasa untuk mengkaji kontrak-kontrak ini," kata Mohamad.
"Kami akan mengendalikan perkara berkenaan secara profesional dan seperti yang saya katakan sebelum ini, tindakan kami akan berdasarkan kepada fakta dan bukan khabar angin," katanya.

Ustaz Nik Omar LIVE Tazkirah Isya di Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Written By canang on Isnin, 28 Mei 2018 | 5/28/2018 12:15:00 PG


WAWANCARA KHAS ASTRO AWANI Nik Omar Nik Abdul Aziz

Written By canang on Ahad, 27 Mei 2018 | 5/27/2018 08:00:00 PG


Mat Sabu kongsi pengalaman naik pesawat udara A400M

 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkongsi rasa bangganya selepas menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) model Airbus A400M
Mohamad yang menceritakan pengalamannya itu berkata, sejak kecil beliau hanya mampu mendengar bunyi pesawat udara pengangkut tentera itu berlepas dan mendarat di pangkalan udara berhampiran rumahnya.
"Inilah pertama kali saya dapat naik kapal terbang TUDM Airbus A400M dan perjalanannya baik walaupun dalam keadaan awan yang agak tebal tapi goncangnya agak kurang.
"Saya sendiri tidak rasa cemas apa-apa. Saya haraplah kapal terbang ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutama untuk membawa tentera kita menjalankan tugas menjaga keselamatan seluruh negara," katanya seperti dipetik Bernama.
Mohamad, yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama-sama anggota TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
 Dalam sidang media itu, Mohamad menekankan agar beberapa pembaharuan perlu dibuat terutamanya yang membabitkan peralatan ketenteraan
Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk dipertimbangkan dan berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong perkara itu.
"Bila mendengar taklimat tentera darat, laut dan udara, saya rasa perlu tindakan segera untuk kita memperkemaskan peralatan ATM ini. Saya harap perdana menteri dapat menyokong untuk membuat pembaharuan segera terutama soal peralatan ketenteraan kita.
"Inilah yang kita mahu supaya peralatan kelengkapan ketenteraan sama ada di peringkat persenjataan atau peralatan pengangkutan berada dalam keadaan terbaik supaya soal keselamatan negara menjadi keutamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya dipetik sebagai berkata.
Kunjungan ke Pangkalan Udara Butterworth merupakan kunjungan pertama Mohamad selepas menerajui Kementerian Pertahanan pada 22 Mei lepas

KIAMAT BAGI PENERIMA DANA SRC

Written By canang on Jumaat, 25 Mei 2018 | 5/25/2018 06:50:00 PTG

KIAMAT BAGI PENERIMA DANA SRC
Akan berlaku PRK “Pilihanraya Kecil” di kebanyakan kerusi DUN dan Parlimen bagi Kelantan, Terengganu malah di seluruh Negara apabila kerajaan memulakan siasatan keatas 1MDB dan SRC.
Berikut adalah AMARAN keras dari Datuk Bahri Mohd Zin, Mantan pengarah operasi siasatan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
“kamu ada kuasa, aku ada Allah insyallah termakbul sudah berlaku peralihan kuasa kerajaan Malaysia kini, inilah doa saya pada sepertiga malam selama ini.”
"Lobang cacing tak perlu ku intai lagi dan insyallah kita akan menonton kes-kes yang tak pernah terlintas di benak kita selama ni,"
Ucapan ini di buat sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke 7.
Sebaik menjalankan tugas di hari pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah menekankan bahawa
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SPRM akan dikaji semula.
Tegas beliau, tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.
Dengan kenyatan ini pasti bekas perdana Menteri Najib Razak pemimpin2 Umno Barisan Nasional termasok bekas pemimpin kanan PAS Nasaruddin Md Isa dan 17 orang yang maklumatnya telah di bocorkan oleh siasatan SPRM, penerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) akan turut terheret sama.
Masihkah anda ingat akuan berkanun Rafizi Ramli pada 14 April 2017, seperti link yg di bawah.
https://m.malaysiakini.com/news/379151
Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang negara melibatkan sejumlah wang syarikat milik negara kepada seorang tokoh politik Pas yang dibayar melalui akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Dokumen yg di dapatkan ini sebenarnya telah dibocorkan hasil dari siasatan SPRM sendiri,
http://rafiziramli.com/…/sprm-perlu-sahkan-senarai-penerim…/
Ini yg membuatkan ramai Adun dan MP2 PAS serta Umno tidak dapat tidur lena aeperti akan datangnya KIAMAT, walaupon baru saja mengecapi kemenangan ke atas kerusi2 yg mereka menangi baru baru ini.

'Kami menjerit, Allahuakbar.... '

"Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.

Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
"Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan.
“Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia).
“Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama," katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.
Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan'

Written By canang on Rabu, 23 Mei 2018 | 5/23/2018 09:58:00 PTG


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) adalah penipuan semata-mata.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.
“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.
“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.
“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.
Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti.
Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim''“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.
“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.
Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB
Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger