Home » » Pegawai AG dipecat, akan fail afidavit 'meletup'?

Pegawai AG dipecat, akan fail afidavit 'meletup'?

Written By canang on Jumaat, 21 Ogos 2015 | 8/21/2015 07:48:00 PTG


Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).

Beliau telah menjadikan Malaysia tempat kediamannya selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara tiba-tiba dalam beberapa hari, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan status PR dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.
"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.
Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.MK
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger