BERLIN: Seorang nenek diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan
bayi kembar empat di dunia pada usia 65 tahun, lapor Mail Online.
Annegret Raunigk bersama bayinya yang dilahirkan pramatang semasa
kandungannya berusia enam bulan setengah, telah pun dibenarkan pulang
selepas lebih tiga bulan ditahan di hospital.
Menurut doktor dari Jabatan Neonology Hospital Berlin Charite, anak
kembar Raunigk yang dilahirkan melalui proses pembedahan, pada mulanya
mengalami masalah berat badan tidak normal berbanding bayi biasa.
“Satu-satunya bayi perempuan kembar berkenaan iaitu Neeta memiliki
berat badan 700 gram sahaja ketika dilahirkan dan terpaksa diletakkan di
dalam inkubator.
“Namun, semuanya berjalan dengan lancar selepas Neeta bersama tiga
abangnya iaitu Bence, Fjonn, dan Dries membesar dengan baik dan sihat
dalam masa yang amat singkat,” kata Profesor Christoph Buhrer.
Tambah Buhrer, walaupun dibenarkan pulang ke rumah, kembar tersebut
perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan mereka benar-benar
sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan