JOHANNESBURG: Cucu kepada pemimpin terkenal Afrika Selatan, Nelson
Mandela, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johannesburg semalam atas
dakwaan merogol seorang gadis berusia 15 tahun.
Mbuso Mandela, 24, kini ditahan di lokap dan akan dihadapkan semula ke
mahkamah sama Jumaat ini bagi mengetahui dia boleh dijamin atau
sebaliknya.
Jurucakap polis, Mashadi Selepe berkata, Mbuso didakwa merogol mangsa di sebuah restoran di sini pada minggu lalu.
Panggilan telefon kepada peguamnya, Melvin Neale oleh Bloomberg News tidak dijawab.
Ini bukanlah kali pertama imej keluarga Mandela terjejas berikutan insiden buruk.
Seorang lagi cucu ikon antiaparteid itu sebelum ini, Mandla, pernah
disabit kesalahan menyerang seorang pengguna jalan raya berumur 40 tahun
semasa satu pergaduhan. – AFP/AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan