KUALA LUMPUR 31 Julai - Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti adalah jelas iaitu sekiranya sesuatu kerusi itu kosong kerana sesuatu sebab yang berkaitan dengan keperluan Perlembagaan, maka UMNO dan BN akan bertanding.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong selepas wakil rakyatnya daripada Pas, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, meninggal dunia akibat sakit jantung pagi ini.
"Oleh itu, apabila berlakunya kekosongan di DUN Permatang Pasir (kerana kematian) bermakna UMNO dan BN akan meletakkan calon dan akan bertanding.
"Soal calon masih terlalu awal, kita serah dahulu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) untuk melakukan apa yang patut dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.
Home »
» 1 MALAYSIA, ERA NAJIB...BN bertanding di Permatang Pasir
1 MALAYSIA, ERA NAJIB...BN bertanding di Permatang Pasir
Written By canang on Sabtu, 1 Ogos 2009 | 8/01/2009 08:10:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan