Home » » Lagenda dunia meninggal dunia

Lagenda dunia meninggal dunia

Written By canang on Sabtu, 1 Ogos 2009 | 8/01/2009 08:01:00 PG

LONDON: Legenda bola sepak tersohor, Sir Bobby Robson yang membimbing skuad England layak ke separuh akhir Piala Dunia 1990 dan memenangi trofi kejayaan di empat negara meninggal dunia, semalam pada usia 76 tahun gara-gara penyakit barah.

“Ia detik amat mengecewakan untuk mengumumkan Sir Bobby Robson meninggal dunia selepas lama bergelut menghidap penyakit barah,” menurut kenyataan dari keluarganya. “Dia meninggal dengan aman pagi ini di sisi isteri (Elsie) dan anggota keluarga di kediamannya di County Durham.”
Robson menghidapi pelbagai jenis penyakit barah sejak beberapa tahun dan disahkan menghidapi ketumbuhan yang tidak boleh dibedah pada kedua-dua belah paru-parunya, tahun lalu.

Selepas menamatkan kerjaya selaku pemain yang memberikannya 20 cap kebangsaan England, Robson beralih kepada bidang pengurusan dan selepas kejayaan mengemudi pasukan Ipswich Town, dia memulakan tugas sebagai pengurus England pada 1982.

Apabila berjaya membawa England ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 1990, dia kembali kepada tugasnya sebagai pengurus termasuk membimbing PSV Eindhoven, Barcelona, Porto dan Newcastle United.

Ahad lalu, Robson, yang hanya mampu berkerusi roda hadir di St James Park bagi satu perlawanan amal sebagai penghormatan kepadanya yang berjaya menarik minat kira-kira 30,000 penonton.

Pengurus yang popular itu menerima anugerah ‘Sir’ pada 2002 kerana khidmatnya terhadap bola sepak tetapi disahkan menghidap barah lima kali sejak 1991 tetapi tetap meneruskan tugasnya hingga November 2007. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger