Home » » 1Malaysia.Najib umum KPI enam NKRA

1Malaysia.Najib umum KPI enam NKRA

Written By canang on Selasa, 28 Julai 2009 | 7/28/2009 09:55:00 PTG


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan diletakkan kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menjadi bidang-bidang keutamaan di peringkat kebangsaan termasuk usaha membabitkan bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

Menurutnya, untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti KPI-KPInya dengan sasaran secara khusus supaya dapat diukur, diperkemas segala sumber dan tenaga untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam satu tempoh munasabah.

Beliau berkata, bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik peng:angkutan awam dalam jangka masa sederhana.

:“Pentadbiran saya mengambil daya usaha memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam, puncanya ialah saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan kerajaan.

“Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai ‘lead minister’ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC):, semalam.

:Najib berkata, NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Menurutnya, NKRA untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula ialah Datuk Seri: Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman diketuai Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan menambah baik pengangkutan awam ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

:Katanya, KPI diguna pakai banyak syarikat korporat sebagai petunjuk timbangan kerja yang sangat berkesan, malah mekanisma ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.

“:Saya akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI, saya juga akan berjumpa dengan setiap menteri pimpinan bagi menilai pencapaian KPI yang telah ditentukan setiap minggu.

“Bagi anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali dari mempunyai KPI kementerian masing-masing yang saya sendiri pantau pres�tasi setiap enam bulan,” katanya.

Najib berkata, petunjuk prestasi ini sesuatu yang monumental yang melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger