
SHAH ALAM – Wujudnya persamaan idealisme dan visi dengan manifesto untuk membawa perubahan di negara ini, khususnya memperjuangkan rakyat menarik minat ketiga-tiga bekas pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, ia berikutan tindakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Naib Presiden MIC, S S Subramaniam menyertai PKR, baru-baru ini.
"Mereka mencari platform terbaik menempuh perjalanan baru untuk membawa perubahan berikutan percanggahan ideologi dan pendapat dengan parti terdahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Ditanya sebab utama mereka menyertai PKR beliau berkata, mungkin pemimpin terbabit melihat corak pemerintahan PKR lebih mudah dan berkesan.
Ditanya sama ada mereka ditawarkan jawatan tertinggi dalam PKR, beliau berkata, sehingga kini masih belum dimaklumkan dan semuanya bergantung keputusan mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan datang.
Dalam kenyataan media, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Zaid dilantik menganggotai Biro Politik parti dan Ahli Majlis Kepimpinan Pusat selepas parti bermesyuarat seterusnya mendapatkan persetujuan Presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan