Home » » BN terus agenda bela rakyat, kurang politik

BN terus agenda bela rakyat, kurang politik

Written By canang on Isnin, 27 Julai 2009 | 7/27/2009 12:24:00 PG


IPOH - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan agenda utama berkhidmat untuk rakyat di negeri ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan berkata, agenda berkenaan telah, sedang dan akan dilaksanakan biarpun sejak kebelakangan ini pelbagai isu dilihat sebagai sengaja ditimbulkan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengganggu gugat kestabilan pentadbiran negeri.

Katanya, perkara seperti itu hanya akan membantutkan segala perancangan khususnya dari segi pentadbiran yang telah diatur sebelum ini.

“Pada masa ini, kerajaan negeri akan tetap meneruskan tugas seperti biasa dan tidak akan mengendahkan segala isu yang ditimbulkan oleh PR.

“Kami harap rakyat tidak terpengaruh dengan isu sedemikian kerana ianya hanyalah sebahagian daripada propaganda daripada pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ganesan berkata demikian ketika merujuk surat saman yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar baru-baru ini.

Surat saman itu antara lain menggesa Ganesan hadir di hadapan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan berhubung pelantikannya sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didakwanya sebagai tidak sah.

Sementara itu, Ganesan menyelar sikap PR yang dilihat seakan telah pun akur dengan pelantikannya sebagai speaker DUN ketika persidangan dewan pada 7 Mei lalu.

Katanya, beliau telah mengarahkan dewan agar berhenti rehat sebanyak dua kali selain turut memohon untuk menjemput Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bagi merasmikan persidangan dewan tersebut.

“Saya berharap agar perkara sebegini diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan BN serta PR dapat memberi fokus kepada agenda membela nasib rakyat di negeri ini,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger