Home » » 1 MALAYSIA, ERA NAJIB, NIZAR vs ZAMBRY:Umno masih di buai mimpi,yakin sokongan pengundi akan beralih

1 MALAYSIA, ERA NAJIB, NIZAR vs ZAMBRY:Umno masih di buai mimpi,yakin sokongan pengundi akan beralih

Written By canang on Sabtu, 29 Ogos 2009 | 8/29/2009 05:38:00 PG



Berdasarkan perubahan sikap penyokong di Permatang Pasir, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yakin sokongan penduduk akan beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.

Beliau menggunakan teori "pendulum" atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN. "Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.

"Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang," katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah di sini, hari ini.

Mengenai kempen pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata Umno akan berkempen secara berhemah dan tidak akan menyerang peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat.

Pada bulan Ramadan ini, ceramah akan dilakukan selepas solat terawih," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger