Home » » 1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Bonus khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Bonus khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Written By canang on Sabtu, 29 Ogos 2009 | 8/29/2009 05:18:00 PG


IPOH – Seramai 1,975 siak serta bilal di seluruh negeri Perak bakal menerima bonus khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kesemua siak dan bilal bakal menerima RM500 setiap seorang sebagai sagu hati daripada pihak Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bonus berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka selama ini.

“Peranan mereka (siak dan bilal) ini adalah penting, terutamanya bagi mengurus serta menjaga masjid di seluruh pelosok negeri.

“Mereka telah mengurus dan menjaga masjid atau surau tanpa menerima apa-apa bayaran melainkan elaun berjumlah RM300 sebulan.

“Saya berharap agar perkara ini menjadi berita gembira buat mereka menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita setelah mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Zambry berkata, bonus berkenaan tidak diperuntukkan kepada para imam kerana difahamkan mereka (imam) ada menerima elaun berjumlah RM400 sebulan daripada pihak kerajaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger