Home » » 1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Pejabat Teoh diserbu tanpa notis

1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Pejabat Teoh diserbu tanpa notis

Written By canang on Jumaat, 28 Ogos 2009 | 8/28/2009 10:59:00 PTG


SHAH ALAM – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak :pergi ke pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah tanpa menyerahkan notis geledah lebih awal, bertujuan mendapatkan dokumen penting.

Penolong Penguasa SPRM, Mohd Najeib Ahmad Walat, 29, yang memberi keterangan sebagai saksi ke-17 di Mahkamah Koroner di sini berkata, tindakan itu perlu kerana jika diberitahu lebih awal berkemungkinan tiada sebarang dokumen a:kan diperolehi. Mohd Najeib, 29, menyatakan pandangannya terhadap pendapat Peguam Pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika sesi pemeriksaan balas.

Beliau berkata disebabkan kedatangan pegawai SPRM yang agak mengejut itu, mengundang rasa tidak selesa dan kegelisahan terhadap setiausaha politik Teoh Beng Hock dan Yong.

Abdul Razak: :Kalau kita bagi tahu dua tiga hari sebelum datang, agak-agak boleh tak kita dapat dokumen?

Saksi: :Tidak

Abdul Razak: :Kalau macam itu, sempatlah mereka sorok.

Saksi:: Ya

Saksi turut menafikan SPRM melakukan serang hendap ke atas pejabat Hian Wah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, berikutan notis geledah tidak diberikan ketika menyiasat di pejabat Exco itu pada hari tersebut.

Menurut Mohd Najeib, beliau menolak cadangan yang dikatakan peguam Salim Bashir kerana lima pegawai SPRM yang datang terlebih dahulu memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM setelah tiba di situ dan bertemu dengan si mati.

Saksi menjelaskan kead:aan, notis geledah tidak diberikan, bagaimanapun borang sita ke atas komputer riba dan CPU di pejabat Beng Hock diserahkan dan ia ditandatangani majikan si mati sendiri, Hian Wah dan Ketua Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail.

Sebelum itu Mohd Najeib berkata, Beng Hock pada awalnya hanya menyerahkan beberapa dokumen peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2009 walaupun mereka meminta dokumen bagi tahun 2008.

“Selepas saya semak dokumen (2008), apa yang dikehendaki itu tiada dan apabila ditanya dia (Beng Hock) gagal memberikan jawapan. Ia menimbulkan keraguan.

“Kemudian Mohd Anuar mengarahkan saya membuat penyiasatan ke atas meja kerja Beng Hock dengan kehadiran mendiang sendiri,” katanya ketika disoal peguam yang mewakili kerajaan Malaysia Tan Hock Chuan.

Beliau yang berkelulusan Diploma Mekanikal turut memaklumkan sebagai pegawai yang melakukan cetakan ke atas dokumen disyaki mencur:igakan yang ditemui dalam komputer riba dan CPU yang dibawa dari pejabat si mati.

Ketika menjawab cadangan Salim mengenai keadaan Beng Hock yang dikatakan gelisah sepanjang semakan seperti yang didakwa beliau juga saksi-saksi sebelum ini, saksi tersebut bersetuju itu berkemungkinan kerana si mati ketika itu dalam keadaan tidak bersedia menerima kedatangan SPRM secara mengejut.

Beliau sebelum itu memaklumkan ke pejabat Hian Wah di Tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, bersama empat lagi pegawai diketuai Mohd Anuar untuk melakukan siasatan berhubung aduan salah guna wang peruntukan ADUN dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Saksi kemudian dilepaskan tanpa syarat dan prosiding bersambung jam 8.30 pagi ini.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah yang menjadi saksi penting dalam siasatan SPRM telah ditemui mati di Tingkat 5, koridor Plaza Masalam, di sini, selepas kira-kira 10 jam memberi keterangan, 16 Julai lalu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger