KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dijangka mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang sekiranya seluruh komponen partinya bersatu, kata Datuk Mukhriz Mahathir, hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dengan bersatu, ia dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk memenanginya selain peluang daripada keretakan dalam pakatan parti pembangkang.
"Kita dalam politik faham sangat bahawa perpaduan itu penting terutamanya apabila berdepan dengan pilihan raya. Pembangkang pun tahu perkara itu. "Sebab itu, (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang) cakap begitu kepada Pas. Sekiranya kita (BN) dapat tunjukkan satu gagasan yang bersatu, jadi kita serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam pilihan raya kecil nanti," katanya Bernama di sini.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata anggota parti mestilah mengekalkan rentak seperti yang diaplikasikan pada pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan baru-baru ini di DUN Permatang Pasir.
"Manik Urai kalau kita tengok, undian termasuk orang muda kian meningkat dan ini adalah satu pengalaman. Kita tak boleh panggil itu trend sebabnya ia hanya sekali dan kalau dua tiga kali, barulah boleh dipanggil trend. Bagaimanapun, kita harap Permatang Pasir ini dapat menunjukkan peningkatan yang sama seperti di Manik Urai," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lalu.
Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 25 Ogos.
Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. -
Home »
» 1 MALAYSIA ERA NAJIB:BN mampu menang .
1 MALAYSIA ERA NAJIB:BN mampu menang .
Written By canang on Rabu, 12 Ogos 2009 | 8/12/2009 07:25:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan