KANGAR, 31 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menghayati falsafah Rukun Negara bagi memastikan keharmonian negara dan rakyat berkekalan.
Menurut baginda, dengan menghayati Rukun Negara serta mematuhi perlembagaan negara dan negeri akan mempermudahkan lagi pencapaian matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Bertitah pada majlis Ambang Merdeka anjuran sebuah hotel di sini malam tadi, baginda berharap rakyat mengutamakan keharmonian dan menjauhi perbuatan yang boleh melonggarkan ikatan perpaduan kaum.
Baginda bertitah, perpaduan rakyat berbilang kaum akan lebih menyerlah jika setiap anggota masyarakat mengamalkan sikap toleransi, bertimbang rasa, saling faham memahami, tolong menolong dan hidup berhemah.
"Jangan menuding jari, bersyak wasangka dan fitnah menfitnah. Kita akan terus hidup aman, sejahtera, progresif bagi capai matlamat status negara maju menjelang 2020," titah baginda sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52 untuk seluruh rakyat.
Sebelum itu, Raja Muda Perlis yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah menunaikan solat Isyak dan Tarawih sebelum menyertai program percambahan minda bersama ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Selepas selesai program percambahan minda, baginda mengetuai orang ramai menyanyikan lagu-lagu patriotik sementara menunggu detik 12 malam untuk melakukan laungan merdeka sebanyak tujuh kali. - Bernama
Home »
» 1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Raja Muda Perlis mahu rakyat hayati Rukun Negara
1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Raja Muda Perlis mahu rakyat hayati Rukun Negara
Written By canang on Isnin, 31 Ogos 2009 | 8/31/2009 11:44:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan