Home » » 1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Hadiah Kemerdekaan,untuk Rakyat

1 MALAYSIA ERA NAJIB,NIZAR VS ZAMBRY:Hadiah Kemerdekaan,untuk Rakyat

Written By canang on Isnin, 31 Ogos 2009 | 8/31/2009 08:58:00 PTG


Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini. Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _
Share this article :

1 ulasan:

kiff2011 berkata...

Kenaikan harga minyak ini membebankan rakyat Malaysia ketika saat2 umat Islam hendak menyambut perayaan hari raya.Kenaikan harga barang2 runcit mulai ketara lantaran kenaikan kos bahan api.Pihak pemerintah sepatutnya memahami situasi ini ditambah pula dgn kemerosatan sokangan rakyat kepada pemerintah akan menambahkan lagi api kebencian.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger