PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja bagi Mengkaji Peraturan Soal Siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hanya akan bermula selepas selesainya proses inkues kematian Teoh Beng Hock.
Beliau berkata, inkues berhubung kematian Teoh masih berjalan dan semua pihak perlu menunggu hasil inkues itu terlebih dahulu.
Teoh, 30, setiausaha politik seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas mendiang memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan tersebut 16 Julai lalu.
Beliau merupakan antara saksi yang dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan SPRM berkaitan, penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Najib berkata, inkues ini akan mengenalpasti punca kematian, dan selepas itu Suruhanjaya Diraja akan melihat kepada prosedur yang diamalkan oleh MACC atau SPRM dan ambil kira apa-apa keputusan inkues dulu, jadi urutannya kena betul, kita kena inkues dulu.
Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan projek Agropolitan Pekan, di Runchang, hari ini.
Home »
» 1 MALAYSIA, ERA NAJIB.Suruhanjaya Diraja hanya selepas selesai inkues.
1 MALAYSIA, ERA NAJIB.Suruhanjaya Diraja hanya selepas selesai inkues.
Written By canang on Selasa, 4 Ogos 2009 | 8/04/2009 04:27:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan