Home » » H1N1:Korban ketujuh,apakah langkah kerajaan

H1N1:Korban ketujuh,apakah langkah kerajaan

Written By canang on Isnin, 3 Ogos 2009 | 8/03/2009 08:41:00 PTG


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak menjadi korban ketujuh influenza A (H1N1).

Mangsa terbaru berusia 23 tahun itu yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri pukul 4.00 pagi ini selepas mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit itu telah bersalin di hospital yang sama pada 21 Julai lepas.

“Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A (H1N1) pada 23 Julai lepas. “Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula empat hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A (HINI),” kata beliau.

Sejumlah 17 kes baru turut dilaporkan hari ini, kesemuanya kes tempatan dan melibatkan warga Malaysia, menjadikan kes terkumpul sehingga 8 pagi ini sebanyak 1,446 kes dengan 97 peratus telah sembuh.

Hanya 29 kes yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan lagi menerima rawatan di rumah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger