Home » » 1 MALAYSIA:Gerakan mahu kerajaan dapatkan semula wang PKFZ

1 MALAYSIA:Gerakan mahu kerajaan dapatkan semula wang PKFZ

Written By canang on Selasa, 11 Ogos 2009 | 8/11/2009 09:13:00 PTG


KUALA LUMPUR: Gerakan hari ini menggesa kerajaan mendapatkan semula wang yang tidak sepatutnya telah dibayar kepada pihak yang terbabit dalam kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan memperkenalkan mekanisme bagi mencegah perkara sedemikian berulang.

“Kerajaan juga perlu bersikap telus dan mendedahkan semuanya yang perlu didedahkan mengenai projek PKFZ.

"Ratusan juta ringgit telah disebut dalam kemelut itu. Ianya bukan wang kerajaan atau wang Lembaga Pelabuhan Klang, ianya wang pembayar cukai," kata Naib Presiden parti, Datuk Mah Siew Keong, dalam kenyataan hari ini. Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng, hari ini membuat laporan polis terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan BTA Architect, masing-masing pemaju dan perunding PKFZ, sehari selepas mendedahkan pasukan petugas mengesan tuntutan tidak munasabah di antara RM500 juta dan RM1 bilion ke atas PKFZ.

Mah berkata, kerajaan perlu tegas kerana rakyat Malaysia dan seluruh dunia mahu melihat bagaimana ia mengendalikan isu itu dan menurutnya langkah patut diambil bagi mengelakkan masalah serupa dalam institusi kerajaan.

“Kita perlukan sistem yang telus dan baik untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dan salah guna dana awam oleh pihak-pihak yang memegang kuasa," katanya. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger