Home » » Tidak mudah terpengaruh, tetap bersama Pakatan

Tidak mudah terpengaruh, tetap bersama Pakatan

Written By canang on Selasa, 11 Ogos 2009 | 8/11/2009 07:00:00 PTG


KOTA BHARU: Pas tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada pakatan pembangkang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Pas tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita, di sini hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya parti itu keluar dari pakatan pembangkang berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa Pas supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap Pas.

Nik Aziz berkata keputusan Pas tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger