Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Pas pula menamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga ahli perniagaan, Salleh Man, 52, sebagai calon parti itu.
Pemilihan Rohaizat diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh di sini,Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang mengumumkan nama Salleh pada majlis khas di pusat khidmat Adun Permatang Pasir, di Bukit Mertajam, malam tadi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata Rohaizat yang juga peguam syarie, dipilih selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk perwatakan, hubungan dengan masyarakat serta sumbangannya kepada parti.
Katanya, pemilihan Rohaizat diputuskan selepas merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika ini berada di luar negara. "Saya percaya Rohaizat adalah calon terbaik. Saya harap semua penduduk Permatang Pasir memberi sokongan kepadanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan