Home » » Permatang Pasir:BN Janjikan pembangunan.

Permatang Pasir:BN Janjikan pembangunan.

Written By canang on Jumaat, 14 Ogos 2009 | 8/14/2009 09:52:00 PTG


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin penduduk di Permatang Pasir dahagakan pembangunan dan mahukan perubahan.

Beliau percaya, seperti di Manek Urai, Kelantan, impian untuk menikmati pembangunan dan kemajuan juga dikongsi oleh penduduk di Permatang Pasir.

Sehubungan itu, katanya, untuk mendapatkan pembangunan yang selama ini tidak mampu diberi oleh pembangkang, penduduk Permatang Pasir perlu memberi sokongan kepada BN yang terbukti mempunyai rekod cemerlang"Kalau di Manek Urai (Kelantan), kawasan itu jadi anak angkat tetapi Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan kalau penduduk di sini sokong kita," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN di Bukit Merah, Jalan Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Pada majlis itu Muhyiddin turu mengumumkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, berdasarkan pengalaman, Pas tidak berani bercakap soal pembangunan kepada rakyat kerana mereka tidak mampu sama ada daripada segi kewangan mahupun kebolehan untuk melaksanakannya.
Beliau berkata, parti pembangkang sepatutnya tidak menggadaikan masa depan rakyat semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

"Masa depan tidak boleh dikorbankan hanya untuk kepentingan politik. Politik kita (BN) bukan untuk kepentingan peribadi tetapi bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk di Permatang Pasir perlu menyokong dan memenangkan calon BN untuk memastikan pembangunan yang dikehendaki dapat disalurkan.

"Jika di (pilihan raya kecil) Manek Urai, BN tewas dengan 65 undi, jadi di Permatang Pasir saya mahu lihat BN menang dengan sekurang-kurangnya jumlah undi yang sama," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak boleh lagi berharap kepada gabungan pembangkang untuk membela nasib mereka kerana pakatan itu kini umpama retak menanti belah dan tidak pernah bercakap dengan nada yang sama.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger