
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) meminta MIC memecat perwakilan parti itu yang mencadangkan "kalungan selipar" diletakkan pada potret bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata MIC tidak harus bermain "wayang kulit" dalam isu itu.
"Kami amat kecewa apabila seorang perwakilan parti komponen BN sanggup mengemukakan cadangan seperti itu pada sesi perbahasaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi PPP sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan