Home » » 1Malaysia :Pesta seks bongkar kes curi kereta

1Malaysia :Pesta seks bongkar kes curi kereta

Written By canang on Selasa, 20 Oktober 2009 | 10/20/2009 11:11:00 PG

GOMBAK - Tiga pasangan kekasih yang ghairah berpesta seks terkedu apabila rumah teres dua tingkat diserbu polis di Kampung Sungai Tua di Selayang dekat sini semalam.
Dua daripada tiga lelaki itu merupakan adik-beradik dan pemilik rumah tersebut.
Semasa pesta seks berlangsung, ibu bapa kepada kedua-dua beradik itu tiada di rumah kerana pulang ke kampung.

Adik-beradik itu kemudian dipercayai telah menjemput kekasih masing-masing dan seorang lagi rakan lelaki bersama kekasihnya untuk berseronok.
Difahamkan, salah seorang daripada adik-beradik itu merupakan seorang duda dengan dua anak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis telah menyerbu rumah itu pada pukul 2 pagi selepas menerima maklumat daripada pasukan polis yang menyertai 'Ops Lejang' yang ternampak sebuah kereta Proton Perdana yang mencurigakan diletakkan berhampiran rumah itu.

Bertindak atas maklumat itu, polis menghantar sepasukan anggota polis lain untuk membuat pemeriksaan terhadap kereta dan rumah tersebut.
"Ketika polis mengetuk pintu rumah itu, penghuninya lambat membuka pintu.
"Sebaik pintu dibuka kita melihat ada tiga pasangan kekasih dalam keadaan tidak terurus di dalam rumah itu," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, siasatan mengesyaki tiga pasangan kekasih yang berusia 22 hingga 28 tahun itu sedang berseronok di dalam rumah itu sebelum dikejutkan dengan kehadiran polis.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger