Home » » Rahsia kemewahan Linda

Rahsia kemewahan Linda

Written By canang on Selasa, 20 Oktober 2009 | 10/20/2009 08:36:00 PG


LINDA Onn, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni dan penyiaran negara. Wanita tinggi lampai berambut perang ini mula mencipta nama sebagai deejay di radio Era dan kini semakin dikenali melalui radio popular Sinar FM.
Sebelum kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang pelakon lelaki berkecai di tengah jalan, nama Linda sering menjadi percakapan bukan sahaja kerana popularitinya sebagai deejay tetapi apa yang lebih nyata ialah kemewahan hidupnya.
Bayangkan dengan tugasnya sebagai deejay tentu ramai yang tertanya-tanya daripada mana kemewahan itu mampu dimilikki?

Sejak itu, pelbagai gosip timbul kononnya segala apa yang dimilikki deejay yang pernah membintangi filem Gila Bola ini ditaja oleh seseorang.
Malah Hits pernah menerima beberapa panggilan daripada mereka yang tidak menyenangi akan kemewahan hidup Linda dengan mendakwa kononnya Linda ditaja oleh VVIP atau orang kenamaan.
Dan baru-baru ini ketika diundang oleh Linda untuk menghadiri majlis rumah terbuka di banglo baru miliknya yang bernilai berjuta ringgit, Linda tidak terkejut ketika diajukan persoalan itu.
"Saya tidak pernah ditaja oleh sesiapa. Semua yang saya miliki adalah hasil titik peluh saya sendiri."

Itu tegas penyampai radio popular Sinar FM, Linda Onn saat diajukan persoalan mengenai dakwaan dan kata-kata sesetengah pihak terhadap kekayaan yang dimilikinya.
Masakan tidak, Linda ketika ini bukan hanya mampu berbangga dengan memilikki enam rangkaian restoran asam pedas serta nasi ayam malah kereta serta rumah mewah.
Dan, dakwaan itu bertambah kuat sementelah Linda kini sudah pun membeli sebuah banglo mewah di Bukit Indah, Ampang, Selangor yang dikatakan bernilai RM2.3 juta.
Banglo yang terletak di kawasan eksklusif itu memiliki enam bilik tidur dengan hiasan dalaman yang cukup anggun.
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan serta apa sahaja kata orang, Linda menjelaskan bahawa segala kekayaan yang menyelimutinya bukanlah atas tajaan sesiapa.

"Orang boleh nampak dan menilai apa yang saya lakukan selama ini.
"Saya buka restoran yang kini sudah ada enam buah dan bekerja sebagai penyampai radio serta hos beberpa siri program," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman barunya di Bukit Indah, baru-baru ini.
Selain keluarga dan saudara-mara, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis serta warga kerja Sinar FM.

Kata Linda, kemampuannya untuk semua kemewahan itu adalah kurniaan Allah kerana usaha kerasnya membangunkan enam buah restoran di sekitar ibu negara, Ampang, Cheras serta Shah Alam.
"Daripada perniagaanlah, saya dapat membeli apa sahaja yang diinginkan.
"Tidak perlu ditaja dan sehingga kini pun, saya memang tidak pernah ditaja untuk mendapatkan semua ini," jelas Linda.
Kepuasan Linda

Ujar penyampai radio berbadan tinggi lampai ini, banglo mewah di Bukit Indah yang hiasan dalamannya berkonsepkan merah dan hitam merupakan ciri-ciri rumah idamannya sejak kecil lagi.
Katanya, dia sendiri tidak berniat untuk membeli rumah tersebut tetapi memandangkan ia menepati impian dan melihatkan kemampuannya, ia akhirnya dibeli dengan segala urusan termasuk menetapkan konsep, pemilihan perabot dan hiasan dalaman ditentukan olehnya.
Saya berpuas hati 100 peratus kerana segala-galanya adalah atas kehendak saya sendiri. Berbulan-bulan saya merancang untuk memilih konsep.

"Warna merah dan hitam adalah warna kegemaran saya. Untuk perabot dan hiasan dalaman, semua saya cari yang murah-murah. Sebab itu, saya terpaksa ke sana sini untuk mencari tempat yang menjual barangan hiasan termurah," ujar bekas penyampai radio Era ini.
Ditanya tentang rumahnya di Jalan Ampang, Linda berkata, rumah tersebut masih didiami olehnya sekeluarga.
"Rumah di Bukit Indah ini pun baru sahaja dua hari saya menetap di sini. Buat masa sekarang, saya belum memikirkan untuk menetap di rumah yang mana satu," katanya.
Selesa bersendirian
Sementara itu, peluang bertemu Linda tidak dilepaskan untuk bertanya tentang masa depan hidupnya termasuk soal berumah tangga.
Pastinya, Linda akan 'digeruni' oleh lelaki untuk didekati memandangkan dia sudah memiliki segala-galanya.

Menurut Linda, dirinya masih belum berpunya namun mengakui selesa hidup bersendiri.
"Saya selesa begini. Tidak ada tekanan dan tidak terkongkong. Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi tiada calon.
"Kalau ada yang takut hendak mendekati saya, biarlah. Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja," tegasnya yang bakal mencecah usia 32 tahun pada November ini.
Linda sebelum ini menjadi sebutan 'carta' dunia hiburan tanah air lantaran kes 'perang mulut' antaranya dengan seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas kekasihnya.

Tidak lagi bersama Sehati Berdansa
Dalam pada itu, baru-baru ini Linda diumumkan tidak lagi akan menjadi hos bagi program realiti Sehati Berdansa.
Walaupun begitu, Linda sedikitpun tidak berasa terkilan atas perkara tersebut.
Sebagai pengubat duka, Linda melahirkan rasa puasnya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi program Ritma Muzik Aktif di saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro).Menerusi program terbabit, Linda mengendalikan dua segmen iaitu Gemersik 60-an dan Rentak 70-an.
"Saya banyak belajar tentang lagu-lagu lama sepanjang bertugas di Sinar FM. Segalanya saya gunakan sewaktu mengendalikan program di Ritma Muzik Aktif.

"Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman tetapi tidak tahu bila ia akan ke udara.
"Kiranya program terbaru ini sebagai pengubat duka sebab tidak dapat jadi hos Sehati Berdansa," kata Linda dalam nada gurau
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger