Home » » N31 BAGAN PINANG:PELAYAN SEKSI DICAFE

N31 BAGAN PINANG:PELAYAN SEKSI DICAFE

Written By canang on Selasa, 6 Oktober 2009 | 10/06/2009 07:57:00 PTG


Terdapat beberapa kafe kopi Vietnam di Santa Ana, selatan California yang menyediakan pelayan wanita seksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelayan wanita itu memakai pakaian singkat dan skirt mini semasa melakukan tugas di kafe tersebut di Orange County yang dikenali sebagai Little Saigon.
"Ini merupakan trend baru dan kita tidak boleh memaksa orang daripada meniru idea yang baik," kata seorang pengurus Cafe Lu, Natalie Nguyen yang berumur 36 tahun.Seorang pengurus Café Di Vang II di Garden Grove, Dan Nguyen berkata, kafenya turut menawarkan minuman kopi yang kuat pada harga rendah.

Walaupun dibubuh gula dan susu, kopi itu amat pekat sehingga tiada pelanggan yang dapat minum lebih daripada dua gelas.

Seorang pelayan seksi di Cafe Lu, Annie Pham berkata, ramai rakan setugasnya menyembunyikan kerjaya mereka itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing kerana budaya Vietnam terlalu konservatif.

Namun kebanyakan pelanggan berasa selesa apabila berada di kafe seperti itu.

"Saya mengenali ramai pelayan wanita itu. Saya berasa selesa berada di sini," kata seorang pelanggan di sebuah kafe seksi itu, Nguyen Than. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger