Home » » Anwar vs Najib Altantuya, Nizar News:Sistem Cukai Perlu Dirombak

Anwar vs Najib Altantuya, Nizar News:Sistem Cukai Perlu Dirombak

Written By canang on Khamis, 5 November 2009 | 11/05/2009 05:51:00 PTG


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa sistem percukaian dirombak dan disesuaikan mengikut kemampuan kelas pendapatan.
Dalam senario hari ini, sistem percukaian menjadi beban kepada kelas berpendapatan tengah seperti para usahawan bumiputera dan bukan bumiputera, penjawat awam dan profesional.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengumumkan cukai pendapatan maksima diturunkan sebanyak 1 peratus.
Anwar berkata meskipun sistem percukaian negara tidak meletakkan beban yang dahsyat di bahu majoriti rakyat, namun ia perlu bergerak seiring zaman untuk membantu ekonomi kelas menengah.
"Mengapa kita tidak mengambil pendekatan yang lebih progresif? Seseorang yang meraih RM100 juta setahun tidak sepatutnya diletakkan dalam braket cukai yang sama dengan kita yang mendapat RM100,000 satu tahun," katanya.

Anwar berkata demikian kepada lebih 500 hadirin di wacana Bajet 2010 yang diadakan di Petaling Jaya 3 Oktober lepas.
Turut dijemput memberi penerangan adalah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, pakar ekonomi DAP Tony Pua dan pemikir Pas Dr Dzulkefly Ahmad.
Meneruskan wacananya malam itu, Anwar berkata pelaburan asing ke dalam negara susut kerana keyakinan pelabur kepada institusi politik negara terhakis.
Anwar berkata ia berpunca dari kedegilan pemerintah memulihkan sistem politik negara dan wibawa institusi nadi seperti kehakiman dan pasukan polis.
Pelabur lebih selesa bergiat di Hong Kong dan Singapura kerana kekuatan mahkamah dan polis mengendalikan kes-kes penyelewengan dan penipuan.

"Sekiranya kita lihat secara menyeluruh, jutaan ringgit hilang dan selagi keyakinan tidak dipulihkan, pelabur akan meninggalkan negara ini," tegas Anwar.
"Kita mengalami kadar jenayah yang amat tinggi, tetapi tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara dilanjutkan pula," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger