Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.
Katanya, pada masa ini, setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.
"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri membabitkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.
Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal Al-Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.
Sementara itu, Shahidan berkata, laporan kepada Jaips dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.
Pengarah Jaips, Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (Maips) berkata, laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat Maips termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Maips.
Mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah Jaips, Md Sadik Ismail.
Semalam, Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan, selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri.
Home »
» Era Najib Altantuya vs Nizar:Shahidan cadang hanya satu jawatan mufti di Malaysia
Era Najib Altantuya vs Nizar:Shahidan cadang hanya satu jawatan mufti di Malaysia
Written By canang on Khamis, 5 November 2009 | 11/05/2009 04:56:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan